Thursday, August 28, 2008

Kolam Koi (koi pond)






Kolam ikan koi atau ‘Koi Pond’ sebenarnya tidaklah sukar untuk diselenggara jika anda tahu cara menjaganya dan pembinaannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau anda mendapatkan nasihat pakar. Koi Pond yang mudah diselenggara adalah yang berkualiti tinggi yang mana 30 peratus daripada keseluruhan kolam dilengkapi penapis atau ‘filter’ untuk menapis air serta memastikan kolam bersih selain ikan koi sihat.





Tenang melihat kelibat ikan koi.
Ada pelbagai bahan yang digunakan untuk penapis kolam iaitu besi tahan karat, ‘Japanese Mat’, kulit tiram, bio-ring dan ‘crush coral’. Aksesori dan pelengkap kolam juga dibahagikan kepada beberapa kategori seperti fiber, plastik, batu pasir, batu tiruan, granit dan batu marmar. Namun, ramai yang memilih fiber dan batu pasir kerana harganya lebih murah, terkini dan mudah diselenggarakan. Batu tiruan atau binaan konkrit agak ketinggalan zaman, namun mereka yang bercita rasa tradisi suka dengan kolam batu tiruan ini.
Jumlah ikan haruslah disesuaikan dengan keluasan kolam.
Bagi menaikkan seri kolam, biasanya pokok renek dan rumpai air akan ditanam berhampiran kolam manakala mereka yang suka konsep Zen tentunya memilih pepohon bonsai, kemboja dan busida. Untuk lebih menarik, jangan takut untuk meletakkan aksesori berbentuk haiwan atau tumbuhan di tepi kolam Keladi bunting, teratai dan melati masih menjadi pilihan ramai untuk menghiasi dalam kolam, namun ‘koi Pond’ tanpa tumbuhan dalam air sudah mencukupi kerana ikan koi berwarna warni dan menarik. Kedalaman air yang sesuai untuk ikan koi adalah satu liter air untuk satu tan ikan per satu meter persegi kolam. Namun, ada orang yang meletakkan lebih daripada itu yang mana ikan nampak padat dalam satu kolam. Bagi menjamin keselesaan dan kolam koi anda nampak eksklusif, lebih baik hadkan jumlah ikan mengikut saiz dan kedalaman air. Kedalaman dan saiz kolam perlu sesuai dengan ikan koi jika tidak bukan saja nampak berserabut malah tidak baik untuk kesihatan ikan. Kebiasaannya kedalaman terbaik untuk memelihara ikan koi ialah sekurang-kurangnya 36 sentimeter (sm) atau lebih. Kolam yang terdedah dengan cahaya matahari terik, perlu dipastikan kedalamannya lebih daripada 36 sm. Dinasihatkan mereka yang berminat membela ikan koi supaya elakkan meletakkannya bersama ikan lain terutama ikan kecil seperti gapi dan ikan emas kerana ia menghilangkan seri kolam dan kemungkinan ikan lebih kecil menjadi makanan ikan koi. Seeloknya bersihkan segera air pada bahagian bawah kolam yang sudah kotor dan busuk kerana ia boleh dikesan apabila ikan peliharaan anda sering kelihatan muncul di permukaan air. Apabila membersihkan kolam, anda disarankan supaya tidak membuang semua air ketika membersihkan kolam dan tinggalkan sekurang-kurangnya 40 peratus. Pagi adalah waktu terbaik untuk anda membersihkan kolam kerana kandungan klorin ketika itu kurang berbanding sebelah malam.Gunakan penapis air yang mudah dicuci dan elakkan daripada menggunakan bahan mudah mendap najis atau makanan ikan.
Penapis air juga perlu dicuci seminggu sekali untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan bersih.
Untuk kolam baru, anda perlu bersihkan dulu dengan air sebelum anda memasukkan ikan atau tumbuhan air. Ini penting untuk memastikan kotoran dan basuhan terakhir binaan kolam tidak tertinggal dalam kolam
Gunakan bahan pencuci dengan kadar pekatan sederhana jika anda mahu mencuci kolam. Kaedah berkenaan dapat membantu mengurangkan kesan bahan pencuci yang dikhuatiri membunuh hidupan air.
Tidak perlu risau dengan keadaan lumut yang kian menghijau kerana ia tumbuh secara semula jadi seiring kematangan tumbuhan air lain. Ia juga menjadikan landskap nampak lebih ‘hidup’.

Wednesday, August 27, 2008

Water feature

Water Element



A beautiful landscape is not a perfect landscape without a water feature. The sound of water movement brings the serenity and calming your soul, make you forget all the problems and the pressure of a workplace




The moving water release negative ions. Negative ions help freshen and purify the air that we breathe



"Negative ions increase the flow of oxygen to the brain; resulting in higher alertness, decreased drowsiness, and more mental energy," Pierce J. Howard, PhD, author of The Owners Manual for the Brain: Everyday Applications from Mind Brain Research and director of research at the Center for Applied Cognitive Sciences in Charlotte, N.C.

Here are some of the water feature idea to help you improvise your home




Monday, August 25, 2008

Deruan air menenangkan jiwa

Artificial waterfall

Air terjun buatan. Kini anda tidak perlu lagi mencari kontraktor untuk membina air terjun tiruan dengan harga yang mahal. Anda boleh memilih bentuk air terjun yang anda mahukan dan ia boleh diletakkan di mana -mana tempat yang anda mahukan seperti pagar, halaman, atau di ruang tamu. Dibina dari FRP (fiberglass reinforced plastic), ia ringan dan tahan lasak. Mudah untuk dipindahkan.








Hiasi halaman rumah anda dengan air terjun buatan yg seakan-akan natural disamping menikmati kenyamanan dan ketenangan suasana semulajadi.


Anda boleh mendapatkan air terjun buatan serta kolam koi ini dengan harga RM1300, sila email ke syahcons@gmail.com untuk keterangan lanjut